KUALA LUMPUR: Negara kini berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang lebih mencabar terutama dengan kemunculan beberapa varian baharu yang agresif, sekali gus meningkatkan kadar kebolehjangkitan wabak itu di Malaysia.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ketika membentangkan penerangan mengenai Tindakan Menangani Pandemik COVID-19 pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini berkata peningkatan jangkitan dalam gelombang ketiga adalah melalui kes sporadik yang tiada kaitan dengan kes kluster.
"Gelombang ketiga bermula 20 September 2020 dan masih berterusan hingga semalam, merekodkan sebanyak 1,017,787 kes positif COVID-19 dengan 8,071 kes kematian.
"Walaupun bilangan kes positif COVID-19 adalah agak tinggi, namun bilangan kes serius yang tergolong dalam kategori 3, 4 dan 5, berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis, adalah kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan kes," katanya.
Bagi menangani pandemik itu, beliau berkata kerajaan sentiasa mengambil pendekatan menyeluruh bagi melindungi nyawa dan memastikan kelangsungan hidup rakyat serta memulihkan ekonomi.
Antara langkah yang diambil bagi merawat individu yang positif COVID-19 adalah mewujudkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 dan setakat semalam penggunaan PKRC di seluruh negara mencapai tahap 61 peratus.
Dr Adham berkata untuk kemudahan di fasiliti itu Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan keseluruhannya 29,835 katil di semua 132 PKRC seluruh negara.
Beliau berkata bagi semua 221 hospital COVID-19 pula jumlah katil bukan unit rawatan rapi (ICU) adalah 15,090 di fasiliti kesihatan awam dan 1,288 fasiliti swasta, manakala bagi katil ICU melibatkan 1,405 di hospital awam dan 128 di hospital swasta.
"Peralatan perubatan seperti ventilator, patient monitor dan sebagainya turut dipertingkatkan bagi memperkukuhkan keupayaan dan sebagai kesiapsiagaan menangani pandemik COVID-19," katanya pada sesi penerangan mengenai tindakan menangani COVID-19 pada mesyuarat khas Dewan Rakyat di Parlimen.
Sementara itu, Dr Adham berkata sebanyak RM7.13 bilion (RM1 bilion pada 2020 dan RM6.13 bilion pada 2021) yang diterima KKM digunakan untuk saringan dan rawatan pesakit COVID-19 (RM2.35 bilion), manakala RM4.78 bilion bagi tujuan perolehan vaksin COVID-19 serta consumables dan peralatan penyimpanan vaksin.
Beliau berkata berikutan keperluan semasa, KKM memohon peruntukan RM1.14 bilion perolehan tambahan bagi peralatan kesihatan seperti untuk reagent, consumables, peralatan perlindung diri (PPE) dan sebagainya.
Menyentuh soal sumber manusia KKM bagi pengurusan wabak itu, sehingga 31 April 2021 sebanyak 278,023 jawatan tetap diluluskan, selain lebih 40,000 pelantikan secara kontrak turut diluluskan dan KKM juga melantik 1,519 petugas kesihatan kontrak tambahan berdasarkan kelulusan agensi pusat untuk ditempatkan di fasiliti kesihatan di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
"Kita tidak pasti bilakah pandemik ini akan dapat dikawal dan berakhir sepenuhnya...Jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan kesihatan yang berhempas pulas dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia tidak wajar dipersiakan.
"Ada antara mereka yang telah berbulan-bulan tidak berjumpa dengan ahli keluarga dan terpaksa berjauhan demi merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit sehingga ada antara mereka sendiri yang telah dijangkiti," katanya.
Mengenai pengesanan COVID-19, Dr Adham berkata sehingga semalam kapasiti ujian makmal RT-PCR di seluruh negara mencatat peningkatan sebanyak 1,874 peratus iaitu 122,603 sehari berbanding 6,210 pada Mac 2020.
Beliau berkata berdasarkan peningkatan keupayaan ini, kapasiti ujian setiap negeri ditingkatkan misalnya di Selangor yang meningkat kepada 2.43 juta dalam tempoh enam bulan pertama 2021 berbanding 840,165 ujian tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021
Setakat semalam penggunaan PKRC di seluruh negara mencapai tahap 61 peratus. - Gambar fail
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.